Alhamdulillah, Workshop Back to Basic dan program khidmat masyarakat di perkampungan orang asli Bateq, Kuala Koh anjuran Fotomedia telah selamat dan berjaya baru-baru ini. Nikon turut sama memberikan sumbangan kepada para peserta workshop dan juga kepada penduduk kampung orang asli, Bateq Kuala Koh. Saya antara individu yang lega kerana terlibat didalam penganjuran aktiviti tahunan ini yang telah masuk tahun kedua. Cuma pada tahun ini agak sedikit mencabar kerana kelompok orang asli di sana yang sudah berpecah di dalam beberapa lokasi. Dua minggu sebelum berlansungnya proggram ini saya terpaksa pergi untuk melihat keadaan disana dan menyampaikan pesanan supaya mereka tidak masuk jauh ke dalam hutan pada hari berlansungnya program khidmat masyarakat dimana kami membahagikan sedikit sumbangan seperti makanan, pakaian, beg sekolah, buku dan sebagainya hasil daripada sumbangan ahli-ahli Fotomedia. Jika tiada aral program ini akan diteruskan lagi untuk tahun hadapan dan mungkin dengan konsep yang berbeza. Untuk laporan lanjut boleh ikuti topik ini : http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=15752